<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3916248643641945254?origin\x3dhttps://thullabul-ilm.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thullabul 'Ilm  
  ". قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون"
[ سورة الزمر : آية 9 ]
Monday, December 01, 2008
Di Mana?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamulaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Exam period has passed so I have a lot of time to spare. There will be no excuse for me not to update the blog, I suppose. Well, a thought sprung into my head lately and I thought of blogging about it and before I proceed, I will like to apologise - in advance - to the readers for writing this post in a mixture of Malay and English.

*

Sebagai seorang Muslim, aku tidak pernah menafikan kewujudan Allah. Allah memang ada. Rabb sekalian alam. Akan tetapi, persoalan 'Di Mana Allah?' tidak pernah terlintas di kepalaku sewaktu aku belajar di tingkatan rendah dahulu. Bahkan, aku berasa jika 4 atau 5 tahun yang lalu, ada yang bertanyakan kepadaku soalan yang sebegitu, sudah tentu aku terpinga-pinga untuk menjawabnya. Mungkin saja jawapanku, "Ermm, Allah kat mana-mana kan?" Allah tidak ada di hadapan, tidak ada di belakang, tidak ada di atas, tidak ada di bawah. Ini kerana aku sudah dididik bahawa Allah tidak bertempat. Jawapan yang aku rasakan sekarang ini, jika ianya keluar dari mulutku, memang patut aku menempelak diriku sendiri.



Minatku untuk membaca buku-buku agama terbit semenjak aku di sekolah menengah lagi. Dari situlah, aku mengetahui berdasarkan nas-nas yang shahih bahawa bila seseorang itu jikalau ditanya akan 'Di Mana Allah?', jawapan yang tepat adalah Allah fis sama' (di langit). Bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ ala berada di atas semua langit, [1] bersemayam di atas ‘Arsy, [2] Maha Tinggi di atas segala makhluk-Nya, Allah tetap bersama mereka dimana saja mereka berada, yaitu Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.



Ini telah membuka mataku terutamanya akalku untuk terus berfikir, adakah benar dan tepat jawapan sebegini? Ada dalil untuk menyookong kenyataan sebegini? Aku 'disajikan' dengan banyak dalil untuk menyokong kenyataan ini. Islam itu adalah dalil. Itulah prinsipku sejak dahulu lagi. Dalil-dalil yang membuktikan akan bersemayamnya Allah di atas 'ArasyNya banyak sekali. Antaranya ialah:



"Lalu Dia bersemayam di atas ‘Arsy." [Al-A’raaf: 54]



"(Yaitu) Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arsy." [Thaahaa: 5]



Terdapat juga kata-kata para ulama' yang mengulas tentang ayat-ayat ini,



Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah berkata:



"...Pandangan yang kami ikuti berkenaan dengan masalah ini adalah pandangan Salafush Shalih seperti Imam Malik, al-Auza’i, ats-Tsauri, al-Laits bin Sa’ad, Imam asy-Syafi’i, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih dan Imam-Imam lainnya sejak dahulu hingga sekarang, yaitu membiarkannya seperti apa adanya, tanpa takyif (mempersoalkan kaifiyahnya/hakikatnya), tanpa tasybih (penyerupaan) dan tanpa ta’thil (penolakan). Dan setiap makna zhahir yang terlintas pada benak orang yang menganut faham musyabbihah (menyerupakan Allah dengan makhluk), maka makna tersebut sangat jauh dari Allah, karena tidak ada sesuatu pun dari ciptaan Allah yang menyerupai-Nya. Seperti yang difirmankan-Nya."



Ketika Imam Malik (wafat th. 179 H) rahimahullah ditanya tentang istiwa’ Allah, maka beliau menjawab:



"Istiwa’-nya Allah ma’lum (sudah diketahui maknanya), dan kaifiyatnya tidak dapat dicapai nalar (tidak diketahui), dan beriman kepadanya wajib, bertanya tentang hal tersebut adalah perkara bid’ah, dan aku tidak melihatmu kecuali dalam kesesatan."
Kemudian Imam Malik rahimahullah menyuruh orang tersebut pergi dari majlisnya. [ 3 ]



Imam Abu Hanifah (hidup pada tahun 80-150 H) rahimahullah berkata:



"Barangsiapa yang mengingkari bahawa Allah berada di atas langit, maka ia telah kafir." [ 4 ]



Oleh itu, memang benarlah bahawa Allah bersemayam di atas 'ArasyNya manakala kaifiatnya diserahkan kepada Allah kerana akal ini tidak mampu untuk mengetahui keadaannya. Sebagaimana kita harus patuh kepada Firman Allah:



"Dan tidak ada satu pun yang sama/sebanding dengan-Nya." [Al-Ikhlas : 4]



"Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan-Nya (dengan zat-Nya, sifat-Nya dan pentadbiran-Nya)." [Asy-Syura : 11]



Walaubagaimanapun, aku dapat merasakan bahawa hakikatnya ramai yang masih berpegang kepada fahaman bahawa Allah ada di mana-mana. Pemahaman ini mungkin kerana pada pendapat segelintir masyarakat, agama itu meruapakan satu ritual 'sami'naa wa atho'naa', di mana apa sahaja dapat diajarkan oleh guru-guru agama itu bagaikan dalil-dalil qat'ii yang merupakan kata pemutus. Aku tidak meragui kredibiliti guru-guru agama bahkan aku amat menghormati mereka - cuma, aku mohon kepada para penuntut ilmu untuk membuka minda mereka supaya mengkaji akan apa yang mereka dengar itu. Supaya kita semua dapat berpegang dengan yakin bahawa apa yang menjadi keyakinan dan fahaman kita selama ini mempunyai nas-nas yang sabit daripada Al-Qur'an dan As- Sunnah. Bukan setakat ianya bersumber daripada guru-guru kita sahaja.



Tulisan ini merupakan satu wadah untuk aku sentiasa mengingati diri ini yang dhaif untuk terus mengkaji dan mengkaji. Bukan sekadar mengambil bulat-bulat apa yang didengar khususnya perkara berkaitan aqidah kerana aqidah yang diterima oleh Allah adalah aqidah yang benar mengikuti fahaman salafus-salih berdasarkan dalil-dalil yang sabit daripada Kitabullah dan Sunnah Rasulihi.



Wallahu Ta'ala A'lam.


01 Disember 2008

19:13 Hours.

*

Footnote


[1]. Dalil-dalil Allah berada di atas langit: QS. Al-Mulk: 16-17, al-An’aam: 18, 61, an-Nahl: 50 dan Faathir: 10.


[2]. Dalil-dalil tentang Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy-Nya disebut di tujuh tempat: QS. Al-A’raaf: 54, Yunus: 3, ar-Ra’d: 2, Thaahaa: 5, al-Furqaan: 59, as-Sajdah: 4 dan al-Hadiid: 4.


[3]. Lihat Syarhus Sunnah lil Imaam al-Baghawi (I/171), Mukhtasharul ‘Uluw lil Imaam adz-Dzahabi (hal. 141), cet. Al-Maktab al-Islami, tahqiq Syaikh al-Albani.


[4]. Lihat Mukhtashar al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffaar (hal. 137, no. 119) tahqiq Syaikh al-Albani dan Syarhul ‘Aqiidah ath-Thahaawiyyah (hal. 386-387) takhrij dan ta’liq Syu’aib al-Arnauth dan ‘Abdullah bin ‘Abdil Muhsin at-Turki.


Credits go to the following:


- Ahlus Sunnah Menetapkan Istiwa' ( Bersemayam )

Oleh: Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
- Abu Usamah's blog.

Labels:


12:19 AM